Thursday, December 16, 2010

Taxi


Selama ni baca paper or article kat internet mesti selalu
keluar isu pasal perangai pemandu teksi yang agak bongek
dan kekampungan

1. Naik teksi tak pakai meter


2. Dah ada caj tertentu untuk tempat tertentu(x guna meter lagi)


3. Pemandu teksi suka bawak pusing-pusing jauh baru sampai
   destinasi


4. Penumpang kena marah dengan pemandu teksi


etc


Bila aku baca semua tu..

Kenape aku tak pernah kena semua tu?

Betul ke teksi memang macam tu?

Then, one day bila dah kena sendiri baru la faham perasaan
orang awam yg menjadi mangsa.

Ingat lagi, waktu tu malam ,nak balik rumah dr stesen LRT,
so just take a taxi jela sebab barang berat.

Pakcik teksi tu memang pa***t.

Dah la tak reti jalan ke rumah aku kat mana lepas tu
bila bagi tahu jalan dia cakap

"Tak boleh cakap kuat sikit ke", dengan nada menengking.

Hadoi pakcik, kalau dah pekak tu perlu pulak tengking akukan.

Engkau bayar ke aku yang bayar. Kau ingat aku kendak sangat
 nak naik teksi kau. Nasib baik aku tak bad mood malam tu,kalau
tak dah rasa cacian untuk kau..

Based on point ni 3 plak..

Td baru balik dr Mid valley dgn Syazwan so
we just take a taxi ke LRT Bangsar.

So driver teksi tu bawak la taxi tu, nampak baik (tapi hampeh)

Woi driver! Aku tahulah aku 1st time datang sini tapi tak perlulah
bawak aku jalan2 dengan meter teksi ko yg sdg berjalan tu kan.

Sangat pelik kalau anda dr LRT Bangsar ke Mid Valley, tambang
teksi bawah rm 4 dan sekejap aja sudah sampai berbanding dr
Mid Valley ke Lrt Bangsar, tambang dkt 8 ringgit dan jalan punyalah
jauh dan sekadar berpusing2 di tempat yang sama.

Kau ingat aku baru datang dr kampung ke hah?

Tolong singkirkan perangai mazmumah dan teksi buruk kau tu
kalau nak hidup kau lebih bermakna dan diberkati.

Tuesday, December 14, 2010

2324 Residences

Nama: 2324 Residences

Tinggi: 254 meter

Untuk model 3D yang kedua ni tema warna adalah warna biru tapi
warna dekat podium lebih kepada warm colour dan colourful. Biarlah
gambar di bawah sahaja yang mengungkapkan semuanya (kerana saya
malas nak menaip)





Ada helipad kat atas, kalau bosan boleh main helikopter!




Sangat colourful! juling mata orang yang menengok

Ada kolam & corak untuk sidewalk pulak unik


Nama siapa tu? Punya gedabak dalam gambar, tamak
nak mam***

Nama siapa lagi tu? (just nak expose nama penghasil
benda ni)

Wednesday, December 8, 2010

My First 3D Model - TriplePlat Tower

Now, it's the time to reveal the 3D model that i has told less
than a month ago...

So here it is, enjoy...

TriplePlat Tower


ada pool dengan sky garden
ada antena yang panjang semacam dekat atas

Ni pandangan dari depan, so the podium pun tak berapa cantik,
too much green and i don't like to pick suitable colour because
i'm not really good at it.
Entrance selain dr main entrance

Tempat loading barang di belakang bangunan, ye memang tak cantik, setuju.



hanya itu saja untuk ditunjuk, sekarang tengah buat model untuk
Carigali Tower dekat KLCC tapi still tak tahu design bahagian atas
but i will try my best to finish it.






Saturday, October 16, 2010

100-storey skyscraper in Malaysia !!

Walaupun dah 2 consecutive post cerita pasal bangunan, post kali ni pun
pasal bangunan juga. Apa yang specialnya kali ni adalah rujuk title di atas.

Dah tengok kan?

Semalam Najib sendiri yang telah umumkan pasal projek ni dlm perbentangan
bajet 2011 dan kosnya dalam 5 BILION. Yang tak boleh tahannya, projek
dijangka siap 2015. Macam tak sempat je nak siap seawal tu tapi dengar
kata, mula awal tahun depan so maybe design pun dah ready, cuma tunggu
approval dari DBKL.

Yang pasti bangunan ni akan jadi yang paling tinggi di Asia Tenggara dan
mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas. Nama projek 'Warisan
Merdeka' dan pastikan ketinggiannya melebihi 500 meter!!

Lagi projek yang masih tertunggu2:

Projek Naza dekat Jalan Duta yang bakal menempatkan pusat konvensyen
terbesar di Malaysia dan dengar kata ada projek 100 tingkat juga.

Projek KLIFD (Kuala Lumpur International Financial District) pun ada
khabar angin nak bina bangunan 100 tingkat.


The twin tower will always be the talest twin in the world





*Gambar bawah sebelah kanan tu bila nak bina, dah lama tunggu ni




Tuesday, October 12, 2010

Sunrise Tower!

Few weeks ago, jumpa proposal design untuk redevelopment untuk 
Wisma Angkasa Raya. Arkiteknya adalah Zaha Hadid dan the design
is very modern. Nama : Sunrise Tower

Apa yang uniknya design ni?

Ade dua lubang ditebuk dekat bangunan tu.

Design pun fully glasses so reflection Petronas twin tower mesti hebat
ditengok dari bangunan ini.



tengok tu, ade 2 lubang la, haha




morning view and it looks very nice!!

Harap design ni dapat approval DBKL..



Wisma Angkasa Raya does not belong here &
dia takde lubang-lubang so runtuhkan cepat!!

Saturday, October 9, 2010

Datum Jelatek #2

here are the new design for Datum Jelatek, got it from skycrapercity.com




pic bawah old design, so which one is better



credits to patchay from skycrapercity.com for both pic


sekarang ni pam minyak dah tumbang, tinggal lagi 2 blok flet dgn rumah kedai untuk diruntuhkan...


Wednesday, September 1, 2010

Vision Of Love

Inilah lagu favourite dr Mariah Carey, bayangkan berape tahun lagu ni dah keluar. dah 20 tahun tapi lagu ni still evergreen in my mind. Part yg paling best, paling meletup waktu chorus sebelum habis, pitch suara dia tak boleh blah, tinggi nak mam***.



Dah lama cuba bayangkan Kelly Clarkson & Christina Aguilera duet lagu ni, mesti gempak. Lagipun lagu ni memang favourite diaorang so harap jadi realiti. Sure top 10 Billboard!! :)

Monday, August 23, 2010

MARI Berbukak!

Last Saturday pergi bebuka puasa dengan BFFs dan rasenya
sungguh exited sebab 1st berbuka kat luar (aah jakun).

Pd hari yg sama juga tiba2 bengkak kaki datang balik. Tension betol,
sana sini jalan mcm orang patah kaki. Dah tu jalan jauh pulak untuk
makan dekat San Francisco Pijja (ok, exited). Tapi banyak juga
bende 1st time yg berlaku hari tu... including


- 1st time makan kat Francisco

- 1st time makan stik (jakun lagi..)

- 1st time main bowling waktu mlm

- 1st time digelakkan oleh org yg tak dikenali

- 1st time gelak macam orang gila atas motor

- 1st time keluar berbukak kat luar (x termasuk kampung, asrama dsb)

- 1st time belanja melampau hanya untuk meal for 1 orang

- 1st time tunggu sejam dekat meja untuk waktu berbuka

- 1st time terpakse tulis 'cukuplah dgn 1st time tu'.




So duit belanja untuk 2 minggu hampir habis di situ sahaja
kalau nak keluar lagi terpaksa tunggu lagi 2 minggu. Haih...

Monday, July 12, 2010

Dream House

Sabtu lepas pergi rumah Akmal buat solat hajat, baca yassin and
not to forget makan-makan. Kira bertuah la jugak hari tu, Ustaz
tumpangkan pergi rumah Akmal dan merasa juga la nak pergi
rumah Akmal setelah sejak Form 3 menunggu (sedih la weyh).


Waktu sampai tu nampak la ada yang dah sampai buat muka
bangga (bajet rumah diorang kot). Lepas je keluar kereta,
astagfirullah, OMG ni bukan rumah, ni istana (overacting).


Ciri-ciri rumah dia memang ciri-ciri dream house aku. Tiap2
bilik ada air-conditioner accept bilik bibik (kalau bilik bibik ade
air-cond aku boleh je jd bibik,haha tak lawak). Kat luar rumah
siap terpampang 'No. Satu' kat pagar. Dah tu ada 2 level security.
Nak menambah sifat kejakunan dalam diri, posing maut kat rumah
jiran lepas tour 1 rumah dia.


Kalau dapat rumah tu, memang superb!!! Nak kongsi sikit
Ciri-ciri my dream house......


First,
Ruang mesti berlebihan or dengan erti kata budak upsr, ada
extra space untuk occasion2 atau ada saudara2 tumpang
tidur (lebih 2 malam, bayar!!! sedara tak sedara bayar gak)


Second,
Almost all bedrooms tingkap kena floor-to-ceiling window type,
baru la banyak natural light masuk rumah.


Third,
Interior design, landscape dan segala design must meet with
my taste, kalau tak suka reject.


4th,
Rumah tu mesti ada GBI (Green Building Index) certification,
jimat bil-bil, hidup tak susah just maybe maintainance
mahal kot. Ventilation pun kene baik.


5th,
Nak ada lebih dari satu security level dan tak nak kawasan
komuniti berpagar nak yg tak berpagar, senang nak have
a conversation =0 (atau mengutuk bersama/bergosip dsb)


6th,
Kitchen mesti besar, bersih, berkilat (3B). Dan dapur mesti
berasap, kalau cantik tapi tak guna memang tak guna la kan.


7th,
Kawasan rumah perlu stategik dgn kemudahan2 yg mudah
dan permandangan dari tingkap rumah wajib cantik dan
kalau boleh belah sini mengadap city skyline yang cantik,
belah sana mengadap kawasan nature yg cantik, belah nun
plak mengadap rumah jiran (kenapa? senyap... tak ada kaitan
dgn anda, mind your own 'tepi kain').


Setakat ni, tu je la kot, harap2 satu hari nanti dapat la rumah idaman
ni selain isteri dan anak2 yang tak gelojoh harta tapi solehah dan
soleh dan sebagainya (yg baik2)... Amin..... =D

Update:
fokus yg single residence. mahal kot.

Thursday, June 24, 2010

Architecture - APTEC Iskandar Malaysia

projek APTEC ni mmg menarik sebab dr segi seni binanya
banyak elemen seluruh dunia yg dimasukkan and the main
tower (the tallest one) is freakin' beautiful and modern-look.
tp mmg gempak lagi masyuk. Check out the video below:

Saturday, June 19, 2010

Toy Story 3

The Best Summer Movie
Toy Story 3!!!


Semalam waktu tunggu khatib nak baca khutbah bual2 dengan Kamsul
(don't do this at mosque on Friday), tetiba terancang nak pergi Wangsa 
Walk, so apa lagi, lepas solat terus siap nak gi Wangsa Walk. Pelan
(plan..... w'ever...) sebenarnye macam ni......

Plan/Pelan A

Tengok wayang cerite toy story 3lepas tu balik.

Plan/Pelan B

main bowling kalau waktu tayang toy story 3 lembap sangat



last2 jadi plan AB coz tiket pukul 4.45, waktu tu baru pukul 2 lebih,
so kamsul ajak main bowling 2 game, dua2 kalah, kamsul je la
yang hebat (tetibe emo...).

Toy Story 3

Memang best giler, yang paling sedih waktu babak Andy bg semua 
kat budak perempuan tu (nama tak ingat). lagi 1, sebelum ni tengok
dekat Quickie ingat watak Lotso baik sebab awal2 cerita nampak
baik nak mam*** rupanya raksasa di sebalik comel, auuww...

cerita ni buat kita terfikir dan berfikir, kadang2  kita tak pernah hargai
barang dan apa perasaan benda tu kalau hidup (ade kita kesah!!!)


baik 'sangat' ha !!


Others

saya/aku/chek tersilap sebut pasal nak tanya harga tiket (dengan buat muke
cute), patutnya......

          "Harga tiket berape???"

tapi.....

         "Harga tiket pukul berape??"

lawak sangat sangat ke kak, spm berape A??(x baik dowh!!)

lepas tu waktu nak dekat ending ade plak budak melalak,lame plak tu.
Lepas tu tempat tu da mcm kindergarten, budak belakang tu goyang2 kerusi
"mummy nak beli tu (sambil tunjuk arah skrin)," 

Tp yang pasti movie ni memang best, bagila 4 out of 5 star rating..

* * * *

bye, bye...

Wednesday, April 7, 2010

KELLY CLARKSON LIVE IN MALAYSIA!!!!!

wah,lagi beberapa hari, tak sabar rasanya. iklan kat tv dan radio pun dah muncul. harap tak cancel macam beyoncit. aku ada dengar kat fly fm iklan konsert kelly pagi tadi....

we have been wait for 8 years


now its only 18 days left


1st american idol winner


Kelly Clarkson


All I Ever Wanted Tour

dekat stadium putra bukit jalil, 25 april ni. siapa yang pergi???
aku?? pergi kot....
tengok la dulu... =D

Friday, March 5, 2010

Cerita Tragis

Minggu ni ade cerita tragis yg nak di ceritekan ,

BADMINTON


waktu aku dah sampai ke gelanggang badminton berdekatan rumah Along, aku ternampak 2 kelibat manusia, sorang kepala bulat, hitam, berkilat dan sorang kepale kotak. bler diamati btol2, rupenyer Hazim memakai topi keledar (wah, hazim dah ade kesedaran sivik, patot sivik dpt A1) dan Syazwan pakai topi dam haji dye.

back to the story, muke dorang nampak sedih dan spt cube bgtau sesuatu tp saje jer suruh aku teka, aku ingat cerite tragis nyer ialah mereka terserempak dgn pak polisi or direntap pak guard ,rupe2nye kebenaran adalah realiti. Buletin Utama malam ini :5 RAKET BADMINTON SI KAMSUL DIANGKUT ALAM FLORA.

kalo bace balik mmg xleh diterima akal, aku pun sampai sekarang still mamai2 lg, biar btol kamsul ni. cam x caye jer kan. tp ape nak buat truth is always hurtful. bende kejadah camni xkan jadi kalau kite x letak raket badminton atas tong sampah orang lain, dengar tu Kamsul.

lepas kejadian menyayat hati tu, kami membawa diri ke super99, kedai paling popular d kalangan masyarakat mak cik XOXO gossip aunty. aku nampak Kamsul and Syazwan dah amik 3 raket so aku and hazim + lah kiteorg nyer lak, pas dah tag bende murah tu, Syazwan memekak "asal beli byk sangat, nak ajak nenek aku main skali ker???," pastu jiran lah and whatever lah. lepas dah kuar baru aku ingat, kamsul ade 2 lg raket yg dye bwk, so betape bodoh aku rase dipermainkan oleh teman sepermainan........

kesimpulannyer,
kakek ttp kakek,
tong sampah orang tetap tong sampah jiran Safwan,
lori sampah tetap kutip sampah,
kalo ko letak raket atas tong sampah mmg raket ko dikira sampah
sampah ko!!!!!!! (ntah ape la nasib raket tu, kat Kampung Baru kott).

gambar hiasan semata-mata, xde kaitan dengan rumah Safwan langsung...
dan dalam gambar bukan gambar Hazim & Syazwan.....

Friday, February 26, 2010

Datum Jelatek

post kali ni nak letak video bg korang tgk,



video pasal projek besar yg bakal di bina di keramat iaitu datum jelatek. design nyer boleh tahan terutama office tower 45 tingkat tu. tp bile difikirkan projek ni d bawah pakatan rakyat (kerajaan selangor dikuasai pakatan rakyat so pkns pun bwh dyorang jugak la ) boleh ke siap projek ni, takut terbengkalai kang. apepun harap projek ni berjaya dilaksanakan. Lokasi kat kawasan flat sebelah LRT Jelatek.

update: Datum Jelatek #2

            Datum Jelatek #3

Kelly Clarkson di Malaysia


spt sume orng yg tahu or x tahu, kelly clarkson akan datang ke Malaysia untuk teruskan konsert jelajah dunianya kat Malaysia (lebih dkenali sbgi All I Ever Wanted World Tour). Dan yg agak membanggakan, artis favourite aku ni pilih Malaysia sebagai negara pertama di BENUA ASIA untuk konsert jelajah dye yg pertama kali di Asia. Sebelum ni dia pernah datang ke Thailand & Singapore and Hong Kong, tp itu just untuk majlis anugerah dan promote album jer. tapi kali ni dia datang ke Malaysia untuk buat konsert pulak, aku pernah tgk persembahan opening untuk All I Ever Wanted Tour dan i loike it. tp nape dye nak dtg Malaysia ye ?? Dia kenal ke Malaysia ni. Selalunye orang barat yg cetek akal akan kate Malaysia adalah sebuah negara mundur walaupun x pernah tgk or dtg Malaysia. Aku ade beberape teori kenape Kelly pilih Malaysia kerana pada asalnya indonesia yg dipilih untuk jd negara pertama tp dia selitkan konsert kat Malaysia sebelum di Indonesia. BTW, konsert kat Malaysia diadakan sehari selepas birthday Kelly yang ke-28. harap die celebrate birthday dye kat cni.

Thursday, February 11, 2010

lirik HALO (JOM BALIK)


lirik di bawah ini di inspirasikan oleh Hazim ketika kami sedang tension dgn kelas tambahan yg sedang diadakan, so sbb tension, kiteorng nyanyi sesame sendiri sehinggalah hazim menghasilkan bahagian chorus lirik di bawah.
menggunakan latar musik dari lagu Halo oleh diva paling top kat pasar malam au3 iaitu beyonce, disertakan sekali dgn musik so korang just nyanyi sendiri (kalo nyanyi x sedap jgn nyanyi,nnt pecah skri ni)






Halo (Jom Balik)
Writers: Hazim Rahim, Izzat Ruslim

lepas ni kelas tambahan
tapi aku kepenatan
rasa macam malas nak pergi
tapi rajin nak balik
nanti cikgu bagi dimerit
ade aku kisah
kena tindakan disiplin
baru kau nak sedar

dari aku mengumpat
baik aku duduk rumah
makanan pun sedap
ayuh balik bersama

baik tidur kat rumah
dari terlelap kat sekolah
dari tadi aku ajak balik
engkau yang menolak
kalau cikgu mengamuk
ade kite kisah
masuk telinga kiri
keluar telinga kanan

jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik

penat macam nak mati
kawal nafsu diri
dari ponteng lagi
tapi tak boleh berhenti
nak buat macam mana
perut pun sudah lapar
makanan kat rumah
terbiar basi saja

dari aku mengumpat
baik aku duduk rumah
makanan pun sedap
ayuh balik bersama

baik tidur kat rumah
dari terlelap kat sekolah
dari tadi aku ajak balik
engkau yang tak nak
kalau cikgu mengamuk
ade kite kisah
masuk telinga kiri
keluar telinga kanan

jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik

jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik
balik balik

baik tidur kat rumah
dari terlelap kat sekolah
dari tadi aku ajak balik
engkau yang menolak
kalau cikgu mengamuk
ade kite kisah
masuk telinga kiri
keluar telinga kanan

jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik

jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik
jom balik balik balik