Showing posts with label properties. Show all posts
Showing posts with label properties. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Datum Jelatek (UPDATES)!!

ok, tak payah over over tambah tanda seru (!!) dekat
title tu kan.

Balik kepada tajuk.... updates untuk Datum Jelatek


Liftcore untuk bangunan kediaman/residences buidings
dah boleh nampak dari aras jalan


Podium pun dah mula naik


Bangunan pejabat (office tower/building) dah dekat aras 3


Pagar zinc pun dah ganti baru, sebelum ni warna dark blue
tapi dah tukar green.




Dan akhir sekali....


UPDATES DI ATAS ADALAH PENIPUAN SEMATA-MATA.


Gambar di bawah ini adalah yg sebenar-benarnya



Updates:

1.    2 flat buruk tu tak runtuh-runtuh lagi dan kalau anda perasan
       tingkat atas flat sebelah kanan pun masih berpenghuni lagi

2.    Kawasan sekitar flat dah jadi tempat letak kereta tapi kedai
       memang dah tutup lama dah

3.    Kawasan berpasir dekat bahagian bawah gambar adalah
       tapak rumah kedai 2 tingkat yang dah diruntuhkan

tapak rumah kedai + stesen minyak

4.    Pagar keselamatan dah runtuh/tumbang mungkin sebab ribut hari tu

5.    Tak nampak satu pun pekerja buat masa ni so maybe projek ni
       akan bermula dengan sendirinya macam

"A Product that sells itself"

tapi

"A buildings that built itself"

6.    Makcik jual nasi lemak pagi-pagi & abang jual burger petang-
       petang still berniaga dekat situ cuma jarak dengan gerai dengan jalan
       terlalu dekat (bahaya tu!!)

So itu je la kot updates pasal projek ni, so kena tunggu lambat lagi baru
nak naik la tu....

Monday, July 12, 2010

Dream House

Sabtu lepas pergi rumah Akmal buat solat hajat, baca yassin and
not to forget makan-makan. Kira bertuah la jugak hari tu, Ustaz
tumpangkan pergi rumah Akmal dan merasa juga la nak pergi
rumah Akmal setelah sejak Form 3 menunggu (sedih la weyh).


Waktu sampai tu nampak la ada yang dah sampai buat muka
bangga (bajet rumah diorang kot). Lepas je keluar kereta,
astagfirullah, OMG ni bukan rumah, ni istana (overacting).


Ciri-ciri rumah dia memang ciri-ciri dream house aku. Tiap2
bilik ada air-conditioner accept bilik bibik (kalau bilik bibik ade
air-cond aku boleh je jd bibik,haha tak lawak). Kat luar rumah
siap terpampang 'No. Satu' kat pagar. Dah tu ada 2 level security.
Nak menambah sifat kejakunan dalam diri, posing maut kat rumah
jiran lepas tour 1 rumah dia.


Kalau dapat rumah tu, memang superb!!! Nak kongsi sikit
Ciri-ciri my dream house......


First,
Ruang mesti berlebihan or dengan erti kata budak upsr, ada
extra space untuk occasion2 atau ada saudara2 tumpang
tidur (lebih 2 malam, bayar!!! sedara tak sedara bayar gak)


Second,
Almost all bedrooms tingkap kena floor-to-ceiling window type,
baru la banyak natural light masuk rumah.


Third,
Interior design, landscape dan segala design must meet with
my taste, kalau tak suka reject.


4th,
Rumah tu mesti ada GBI (Green Building Index) certification,
jimat bil-bil, hidup tak susah just maybe maintainance
mahal kot. Ventilation pun kene baik.


5th,
Nak ada lebih dari satu security level dan tak nak kawasan
komuniti berpagar nak yg tak berpagar, senang nak have
a conversation =0 (atau mengutuk bersama/bergosip dsb)


6th,
Kitchen mesti besar, bersih, berkilat (3B). Dan dapur mesti
berasap, kalau cantik tapi tak guna memang tak guna la kan.


7th,
Kawasan rumah perlu stategik dgn kemudahan2 yg mudah
dan permandangan dari tingkap rumah wajib cantik dan
kalau boleh belah sini mengadap city skyline yang cantik,
belah sana mengadap kawasan nature yg cantik, belah nun
plak mengadap rumah jiran (kenapa? senyap... tak ada kaitan
dgn anda, mind your own 'tepi kain').


Setakat ni, tu je la kot, harap2 satu hari nanti dapat la rumah idaman
ni selain isteri dan anak2 yang tak gelojoh harta tapi solehah dan
soleh dan sebagainya (yg baik2)... Amin..... =D

Update:
fokus yg single residence. mahal kot.