Thursday, December 16, 2010

Taxi


Selama ni baca paper or article kat internet mesti selalu
keluar isu pasal perangai pemandu teksi yang agak bongek
dan kekampungan

1. Naik teksi tak pakai meter


2. Dah ada caj tertentu untuk tempat tertentu(x guna meter lagi)


3. Pemandu teksi suka bawak pusing-pusing jauh baru sampai
   destinasi


4. Penumpang kena marah dengan pemandu teksi


etc


Bila aku baca semua tu..

Kenape aku tak pernah kena semua tu?

Betul ke teksi memang macam tu?

Then, one day bila dah kena sendiri baru la faham perasaan
orang awam yg menjadi mangsa.

Ingat lagi, waktu tu malam ,nak balik rumah dr stesen LRT,
so just take a taxi jela sebab barang berat.

Pakcik teksi tu memang pa***t.

Dah la tak reti jalan ke rumah aku kat mana lepas tu
bila bagi tahu jalan dia cakap

"Tak boleh cakap kuat sikit ke", dengan nada menengking.

Hadoi pakcik, kalau dah pekak tu perlu pulak tengking akukan.

Engkau bayar ke aku yang bayar. Kau ingat aku kendak sangat
 nak naik teksi kau. Nasib baik aku tak bad mood malam tu,kalau
tak dah rasa cacian untuk kau..

Based on point ni 3 plak..

Td baru balik dr Mid valley dgn Syazwan so
we just take a taxi ke LRT Bangsar.

So driver teksi tu bawak la taxi tu, nampak baik (tapi hampeh)

Woi driver! Aku tahulah aku 1st time datang sini tapi tak perlulah
bawak aku jalan2 dengan meter teksi ko yg sdg berjalan tu kan.

Sangat pelik kalau anda dr LRT Bangsar ke Mid Valley, tambang
teksi bawah rm 4 dan sekejap aja sudah sampai berbanding dr
Mid Valley ke Lrt Bangsar, tambang dkt 8 ringgit dan jalan punyalah
jauh dan sekadar berpusing2 di tempat yang sama.

Kau ingat aku baru datang dr kampung ke hah?

Tolong singkirkan perangai mazmumah dan teksi buruk kau tu
kalau nak hidup kau lebih bermakna dan diberkati.

No comments:

Post a Comment